Kerjaya kelab Nabil Fekir

Belia

Fekir menyertai akademi belia Olympique Lyonnais semasa beliau berusia 12 tahun. Dua tahun kemudian, beliau telah dilepaskan daripada akademi itu ekoran bakatnya tidak begitu menyerlah. Beliau menyertai semula Vaulx-en-Velin dan meneruskan kerjaya belianya di Saint-Priest. Di sana, beliau telah dijejak oleh pencari bakat yang datang dari seluruh Perancis. Pada suatu masa, musuh seteru Lyon iaitu Saint-Étienne begitu hampir untuk mendapatkan Fekir tetapi beliau memilih Lyon yang menandatanganinya semula pada tahun 2011. Beliau kemudiannya berkata; "Saya ingin membuktikan [Lyon] bahawa mereka telah melakukan kesilapan".[4]

Lyon

Fekir sedang menjalani latihan bersama Lyon pada tahun 2017.

Fekir telah dimasukkan ke dalam skuad utama Lyon buat pertama kali pada 30 Julai 2013. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad utama Lyon pada 28 Ogos 2013 dengan menggantikan Yassine Benzia pada separuh masa permainan dalam aksi pusingan play-off Liga Juara-Juara menentang Real Sociedad.[5] Tiga hari kemudian, beliau tampil dalam kemunculan pertamanya untuk saingan Ligue 1 dengan beraksi sehingga wisel penamat ketika menentang Evian TG.[6] Pada 27 April 2014, beliau menjaringkan gol kompetitif pertamanya ketika perlawanan liga menentang Bastia selain menyumbang kepada jaringan Bakary Koné dan Alexandre Lacazette.[7][8] Pada musim pertamanya di Lyon, Fekir telah melakukan 17 penampilan dalam semua kejohanan bersama skuad utama Lyon dan menjaringkan satu gol.

Semasa musim 2014–15, beliau menjadi pemain utama Lyon sepanjang kempen. Pada 19 Mac 2015, beliau telah menjaringkan sebelas gol dan melakukan tujuh bantuan gol dalam 25 perlawanan liga. Prestasi beliau yang cemerlang membolehkan pasukan Perancis memanggilnya buat kali pertama. Pada 17 Mac 2015, beliau telah dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik Ligue 1 dan mendapat tempat dalam Pasukan Terbaik Ligue 1.[9] Beliau menamatkan musim 2014-15 dalam kempen liga dengan menghasilkan 13 gol dan membantu sembilan jaringan gol.

Pada 29 Ogos 2015, Fekir menjaringkan hatrik dalam aksi menewaskan Caen 4-0 pada perlawanan liga.[10] Beliau seterusnya terlepas banyak aksi pada musim 2015-16 berikutan kecederaan pada ligamen lututnya yang telah koyak.

Pada 23 Februari 2017, Fekir menjaringkan hatrik dan membantu jaringan gol Mouctar Diakhaby dalam perlawanan pusingan ke-32 Liga Europa menewaskan AZ Alkmaar sekali gus melonjakkan namanya dalam rekod penjaring terbanyak bagi aksi Liga Europa UEFA buat kali pertama dalam kerjayanya. Pada 23 Februari, beliau telah menghasilkan sepuluh gol dan membantu sepuluh jaringan gol dalam semua kejohanan pada musim 2016–17.[11]

Pada awal bulan Ogos 2017, selepas Maxime Gonalons berpindah ke Roma pada sebulan lalu, Fekir telah dinamakan sebagai kapten pasukan Lyon.[12] Pada 5 November, beliau menyumbat dua jaringan gol dalam aksi Ligue 1 menewaskan musuh seteru Lyon, AS Saint-Etienne 5-0 di gelanggang lawan. Selepas Fekir menjaringkan gol keduanya pada minit ke-84, beliau menanggalkan pakaiannya dan mengayun-ayunkan jersi yang tertera nama dan nombornya ke arah penyokong Saint-Étienne yang melontarkan objek-objek sehingga tertumpah ke atas padang. Tindakan Fekir meraikan jaringannya menimbulkan kemarahan penyokong Saint-Etienne. Pengadil Clément Turpin memimpin pemain-pemain lain menjauhi kawasan padang dan pihak polis bergegas menuju ke padang untuk meredakan keadaan. Perlawanan terpaksa dihentikan selama 40 minit sebelum kedua-dua pasukan dapat meneruskan permainan saki-baki lima terakhir di dalam Stade Geoffroy-Guichard yang hampir-hampir kosong.[13][14]

Pada musim 2017–18, Fekir ialah sebahagian daripada barisan penyerang Lyon yang tajam bersama dengan Memphis Depay dan Mariano. Beliau telah menyumbang 18 jaringan gol, Depay pula menyumbang 19 gol manakala Mariano menyumbang 18 gol untuk Lyon.[15]

Pada Jun 2018, Liverpool melakukan rundingan dengan Lyon untuk mendapatkan Fekir dengan menawarkan bayaran maksimum sebanyak 60 juta euro[16] tetapi tidak berjaya.[17]

Real Betis

Pada 22 Julai 2019, Fekir menandatangani kontrak selama empat tahun dengan kelab Sepanyol, Real Betis dengan bayaran permulaan sebanyak 19.75 juta euro sebelum bayaran tambahan berjumlah 10 juta euro.[18] Lyon akan memperoleh 20 peratus daripada mana-mana penjualan pemain itu pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada perjanjian. Adik kepada Fekir iaitu Yassin juga berpindah antara kedua-dua kelab itu.[19] Beliau melakukan penampilan sulungnya di La Liga pada 18 Ogos dengan beraksi sehingga masa penuh menentang Real Valladolid.[20] Beliau menjaringkan gol pertamanya pada seminggu kemudian apabila pasukannya tumpas 5-2 kepada Barcelona.[21]

Rujukan

WikiPedia: Nabil Fekir http://www.espnfc.com/club/lyon/167/blog/post/3227... http://www.espnfc.com/french-ligue-1/story/3261765... http://www.goal.com/en-us/news/465/france/2015/09/... http://www1.skysports.com/football/live/match/2899... http://www1.skysports.com/football/live/match/3109... http://www.soccerway.com/players/nabil-fekir/20885... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=201... http://www.uefa.com/uefaeuro/finals/news/newsid=22... http://www.europe1.fr/sport/ligue-1-le-classement-... http://sport24.lefigaro.fr/football/equipe-de-fran...